Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd (MHHSB) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Syarikat ini ditubuhkan bagi tujuan membantu pembangunan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Negeri Melaka secara keseluruhan dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Melaka Halal Hub Sdn Bhd (MHHSB) juga merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia dimana usahawan MHH beroperasi mengeluarkan Produk halal. Ini adalah selaras dengan dengan wawasan Kerajaan bagi menyahut cabaran Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dimana pihak kerajaan amat mengalu-alukan penglibatan semua sektor terutamanya dalam penglibatan bumiputera dalam memajukan sektor industri halal hub di Malaysia. Disamping itu turut menjadikan Negeri Melaka sebagai Halal Hub yang terkemuka di Malaysia.

Melaka Halal Hub Sdn Bhd terletak di Mukim Serkam, Jasin Melaka di atas tanah seluas 134 ekar serta mempunyai 58 unit lot premis di Fasa 1 dan sebanyak 89 unit di Fasa 2 menjadikan jumlah keseluruhan premis sebanyak 147 unit kilang. Premis ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan bangunan yang dibina mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam persijilan Halal, Good Manufacturing Practise(GMP), dan Hazard Analysis and Critical Control Points(HACCP) yang diiktiraf.